Friday, January 13, 2012

Program Futsal dan Solat Hajat Perdana 2011

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu 24 Disember 2011 yang lepas, BKMPJ telah mengadakan program Futsal dan Solat Hajat Perdana bersempena imtihan nihaei semester satu. Program Solat Hajat syabab diadakan di Bayt Alif Muhammad manakala bagi akhawat bertempat di Bayt Casa Intelek. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ). Sejumlah besar ahli BKMPJ dan BKPJJ hadir dalam program tersebut. Slot tazkirah selepas solat hajat pula telah disampaikan oleh ahli Kehormat BKMPJ, Ustaz Zaid bin Ismail, pelajar PhD Bahasa Arab di Universiti Yarmouk.

Alhamdulillah, program tersebut berlangsung dengan jayanya.

Gambar-gambar program solat hajat tersebut boleh didapati di page Facebook BKMPJ, di sini.

Sekian,
Setiausaha Agung BKMPJ.

Sunday, December 4, 2011

Belasungkawa Allahyarham Ilham Ellani bin Jamal

Assalamualaikum wbt.

Badan Kebajian Mahasiswa Pahang Jordan mengucapkan takziah buat keluarga dan sahabat terdekat allahyarham Ilham Ellani bin Jamal di atas pemergiannya pada pukul 3.15 petang tadi di King Abdullah University Hospital (KAUH), Irbid. Arwah meninggal disebabkan penyakit leukimia yang dihidapinya.

Saudara Ilham Ellani merupakan bekas pelajar Perubatan tahun 2 di JUST.

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan bertakwa.

إن لله وإن إليه راجعون

Badan Kebajian Mahasiswa Pahang Jordan 2011/2012

Saturday, September 24, 2011

Sistem Nombor Keahlian BKMPJ

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar ghodong (kawan) semua ?? Insha Allah sihat-sihat semuanya. Sebagai mewakili barisan AMT BKMPJ, kami telah sepakat bahawa pada tahun ini BKMPJ akan menggunakan semula sistem nombor keahlian bagi semua ahli BKMPJ berstatus ahli rasmi, bersekutu dan ahli kehormat. Sehubungan itu, semua ahli diminta mengambil maklum berkaitan perkara ini dan menggunakan nombor keahlian bagi berurusan secara rasmi dengan BKMPJ.

Semua ahli diminta memuat turun senarai nombor keahlian melalui pautan di sebelah kanan blog BKMPJ pada bahagian Muat Turun. Nombor keahlian ini adalah salah satu langkah untuk memantapkan pengurusan ahli BKMPJ dan selaras dengan bilangan ahli yang semakin bertambah. Selain itu, dengan adanya nombor keahlian ini diharapkan akan memberi semangan kepada ahli untuk memberi komitmen sewajarnya kepada program-program persatuan dan memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti rasmi BKMPJ. Ini juga menunjukkan keseriusan BKMPJ dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya dan tidak mengambil sikap lepas tangan dalam sistem keahlian yang telah diperketatkan dalam menyuarat agung khas pada tahun lepas.

Segala permasalahan dan pertanyaan berkaitan keahlian BKMPJ bolehlah diajukan kepada Setiausaha Agung, saudara Ahmad Zhafir Zulkifli atau Timbalan Setiausaha Agung, saudari Syahidah Sumayyah Salehuddin melalui Facebook group CAKNA ataupun melalui emel BKMPJ seperti yang tertera disebelah kanan atas blog.

Sekian,

Yang menjalankan tugas,
Setiausaha Agung BKMPJ 2011/2012.


Wednesday, September 21, 2011

Ahlan wa sahlan ila Urdun !

Badan Kebajian Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ) mengucapkan selamat datang dan ahlan wa sahlan kepada semua pelajar-pelajar baru ke Jordan. Semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT) BKMPJ sesi kali ini memandang baik pertambahan pelajar ke Jordan ini sebagai satu peluang dan ruang ke arah mencungkil bakat dalam kepimpinan dan mengasah soft skill mahasiswa dan siswi Malaysia amnya dan Pahang khususnya.

Seperti semua maklum, perubahan pesat dalam negara Malaysia menuntut mahasiswa bukan sahaja menjadi ulat buku semata-mata tanpa kemahiran hidup yang secukupnya. Seharusnya mahasiswa dan siswi menjadi bakal pelapis kepada sumber manusia yang berada dalam sistem masyarakat sekarang. Kelebihan terletak pada graduan Jordan sama ada dalam bidang Sains mahupun bidang Agama. Kekosongan pemain muda yang berlaku dalam sistem sekarang menjadi bukti pentingnya mahasiswa alaf ini pula mengambil alih dalam segenap aspek kehidupan pada masanya. Yang pasti, hal itu menuntut kebolehan dan kemampuan yang istimewa serta perlu kepada latihan di samping bakat.

Semoga dengan ahli yang bertambah ini, BKMPJ dapat lebih memberikan bantuan dan menjadi payung kepada ahli-ahlinya di bumi Jordan.



Salam ukhuwwah dan perkenalan dari kami, AMT BKMPJ sesi 2011/2012 dan selamat ber-MHS !

Wassalam wbt.
AMT BKMPJ 2011/2012.

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Di kesempatan ini kami, seluruh Ahli Majlis Tertinggi BKMPJ mengucapkan salam Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua ahli BKMPJ sama ada di Malaysia ataupun berada di Jordan. Semoga Allah memudahkan urusan kalian semua.

Minal Aizin wal Faizin.


Sunday, June 19, 2011

Keputusan Pilihanraya BKMPJ

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman semua Ahli BKMPJ, Keputusan Rasmi Pilihanraya BKMPJ telah dikeluarkan oleh Pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan berikut merupakan senarai Calon yang Menang Bertanding bagi Kerusi AMT BKMPJ bagi sesi 2011/2012:

(P 001) - Muhammad Hazim Amsyar B. Suparman - (60 Undi)
(P 002) - Firdaus B. Mohd Zaid - (58 Undi)
(P 003) - AHmad Zhafir B. Zulkifli - (47 Undi)
(P 005) - Shamsul Falah B. Md Noor - (44 Undi)
(P 006) - Mardhiah Bt. Sulaiman - (47 Undi)
(P 007) - Syahidah Sumayyah Bt. Mohd Salehuddin - (42 Undi)
(P 008) - Nurul Athirah Bt. Mohd Azmi - (41 Undi)

Kerusi Yang di-Pertua : Muhammad Hazim Amsyar B. Suparman - (41 Undi)
Kerusi Yand di-Pertua Helwi : Mardhiah Bt. Sulaiman - (33 Undi)


Statistik Pilihanraya BKMPJ 2011/2012 adalah seperti berikut:

Jumlah Ahli BKMPJ keluar mengundi - 75 Orang = 56%
Jumlah Ahli BKMPJ tidak keluar mengundi - 59 Orang = 44%
Jumlah Ahli BKMPJ secara keseluruhan - 134 Orang
Jumlah Kertas Undi yang diterima - 75 Kertas Undi
Jumlah Kertas Undi Sah - 60 Kertas Undi = 80%
Jumlah Kertas Undi Rosak - 15 Kertas Undi = 20%

Sekian Harap Maklum.



Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya 2011,
Badan Kebajikan Mahasswa Pahang Jordan.

Thursday, June 16, 2011

Tentatif Program Berkembar BKMPJ

TENTATIF SUKANEKA BKMPJ 2011

JUMAAT

(17 JUN 2011)

6.45 PAGI : PESERTA BERKUMPUL DI PADANG PERMAINAN

SYABAB - GELANGGANG TENIS

AKHAWAT - PADANG FUTSAL BAWAH

7.15 PAGI : SENAMROBIK

: TAKLIMAT RINGKAS

: SARAPAN PAGI

8.00 PAGI : GAME 1 - BELON GEMBIRA

8.45 PAGI : GAME 2 - BOLING KAWAN SAYA

9.45 PAGI : GAME 3 - FUTSAL SERONOK (SYABAB)

- BOLAKU SAYANG (AKHAWAT)

11.00 PAGI : MAKAN TENGAHARI DAN BERSURAI.




TENTATIF PROGRAM ANNUAL DINNER BKMPJ

JUMAAT

(17 / 6 / 2011)

8.00 malam : Ketibaan ahli BKMPJ

8.15 malam : Ketibaan jemputan dan VIP

8.30 malam : Ucapan aluan pengerusi majlis

: Bacaan ayat al-Quran

: Ucapan YDP BKMPJ

: Ucapan perasmian

9.00 malam : Bacaan Doa Dan Makan Malam

9.30 malam : Slot tayangan (video)

9.45 malam : Penyampaian hadiah Family Day

10.00 malam : Cabutan bertuah (Syabab)

10.15 malam : Penyampaian hadiah Family Day

10.30 malam : Cabutan bertuah (Akhawat)

10.45 malam : Penyampaian hadiah Istimewa

: Penyampaian cenderahati kepada perasmi

11.00 malam : Bersurai

** Annual Dinner bertemakan "BUDAYA MELAYU".

** Hadirin digalakkan berpakaian mengikut tema & sopan.

** Hadiah menarik menanti pemenang Pakaian Tercantik..=)




TENTATIF MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKMPJ

SABTU (18 JUN 2011)

BAYT PERMAI

7.00pagi : Kehadiran ahli dan pendaftaran

Sarapan pagi

7.30pagi : Nyanyian Lagu Negeri Pahang

Nyanyian Lagu Negaraku

7.45pagi : Ucapan aluan Pengerusi Majlis

8.00pagi : Gema Wahyu

8.10pagi : Perlantikan :-

Pengerusi Sidang

Setiausaha Sidang

8.15pagi : Pembentangan minit mesyuarat agung BKMPJ yang lepas dan

Pengesahan minit mesyuarat agung BKMPJ yang lepas oleh

Setiausaha Agung BKMPJ

8.30pagi : Pembentangan,pengesahan dan perbahasan laporan aktiviti

tahunan BKMPJ sesi 2010/2011 oleh Setiausaha Agung

8.45pagi : Pembentangan,pengesahan dan perbahasan laporan Kewangan

BKMPJ sesi 2010/2011 oleh Bendahari Kehormat

9.00pagi : Sesi usul dan cadangan

10.00pagi : Ucapan YDP BKMPJ serta pembubaran organisasi BKMPJ

sesi 2010/2011

10.30pagi : REHAT

Kehadiran Pengarah EMJ (perasmi penutup)

10.45pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Maslis

Pengumuman Keputusan Pilihanraya BKMPJ sesi 2011/2012

11.00pagi : Ucapan Dasar YDP BKMPJ sesi 2011/2012

11.15pagi : Ucapan Pengarah EMJ (perasmian penutup AGM BKMPJ)

11.30pagi : Gimik penyerahan kuasa

Penyampaian cenderahati dan sijil

12.00tghari : Bacaan doa penutup

12.15tghari : Makan tengahari dan bersurai