Saturday, September 24, 2011

Sistem Nombor Keahlian BKMPJ

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar ghodong (kawan) semua ?? Insha Allah sihat-sihat semuanya. Sebagai mewakili barisan AMT BKMPJ, kami telah sepakat bahawa pada tahun ini BKMPJ akan menggunakan semula sistem nombor keahlian bagi semua ahli BKMPJ berstatus ahli rasmi, bersekutu dan ahli kehormat. Sehubungan itu, semua ahli diminta mengambil maklum berkaitan perkara ini dan menggunakan nombor keahlian bagi berurusan secara rasmi dengan BKMPJ.

Semua ahli diminta memuat turun senarai nombor keahlian melalui pautan di sebelah kanan blog BKMPJ pada bahagian Muat Turun. Nombor keahlian ini adalah salah satu langkah untuk memantapkan pengurusan ahli BKMPJ dan selaras dengan bilangan ahli yang semakin bertambah. Selain itu, dengan adanya nombor keahlian ini diharapkan akan memberi semangan kepada ahli untuk memberi komitmen sewajarnya kepada program-program persatuan dan memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti rasmi BKMPJ. Ini juga menunjukkan keseriusan BKMPJ dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya dan tidak mengambil sikap lepas tangan dalam sistem keahlian yang telah diperketatkan dalam menyuarat agung khas pada tahun lepas.

Segala permasalahan dan pertanyaan berkaitan keahlian BKMPJ bolehlah diajukan kepada Setiausaha Agung, saudara Ahmad Zhafir Zulkifli atau Timbalan Setiausaha Agung, saudari Syahidah Sumayyah Salehuddin melalui Facebook group CAKNA ataupun melalui emel BKMPJ seperti yang tertera disebelah kanan atas blog.

Sekian,

Yang menjalankan tugas,
Setiausaha Agung BKMPJ 2011/2012.


0 comments:

Post a Comment