Wednesday, September 21, 2011

Ahlan wa sahlan ila Urdun !

Badan Kebajian Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ) mengucapkan selamat datang dan ahlan wa sahlan kepada semua pelajar-pelajar baru ke Jordan. Semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT) BKMPJ sesi kali ini memandang baik pertambahan pelajar ke Jordan ini sebagai satu peluang dan ruang ke arah mencungkil bakat dalam kepimpinan dan mengasah soft skill mahasiswa dan siswi Malaysia amnya dan Pahang khususnya.

Seperti semua maklum, perubahan pesat dalam negara Malaysia menuntut mahasiswa bukan sahaja menjadi ulat buku semata-mata tanpa kemahiran hidup yang secukupnya. Seharusnya mahasiswa dan siswi menjadi bakal pelapis kepada sumber manusia yang berada dalam sistem masyarakat sekarang. Kelebihan terletak pada graduan Jordan sama ada dalam bidang Sains mahupun bidang Agama. Kekosongan pemain muda yang berlaku dalam sistem sekarang menjadi bukti pentingnya mahasiswa alaf ini pula mengambil alih dalam segenap aspek kehidupan pada masanya. Yang pasti, hal itu menuntut kebolehan dan kemampuan yang istimewa serta perlu kepada latihan di samping bakat.

Semoga dengan ahli yang bertambah ini, BKMPJ dapat lebih memberikan bantuan dan menjadi payung kepada ahli-ahlinya di bumi Jordan.



Salam ukhuwwah dan perkenalan dari kami, AMT BKMPJ sesi 2011/2012 dan selamat ber-MHS !

Wassalam wbt.
AMT BKMPJ 2011/2012.

0 comments:

Post a Comment