Friday, February 18, 2011

Seminar Kewangan Islam : Ahli Panel

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman Ahli BKMPJ dan para pelawat Laman Rasmi Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan, pada 04 & 05 Mac 2011, akan dianjurkan Seminar Kewangan Islam buat kali kedua di Jordan. Seminar ini dianjurkan oleh Pihak BKMPJ dengan kerjasama Education Malaysia Jordan (EMJ), Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) dan juga Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI).

Seminar Kewangan Islam ini dianjurkan adalah sebagai menyokong objektif dan usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai Hub Kewangan Islam Antarabangsa. Seminar pada kali ini bertemakan “Keunggulan Sistem Kewangan Islam dalam Menghadapi Cabaran Global” dan menampilkan beberapa ahli panel yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Badan kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan menampilkan:

AHLI PANEL (1) : Assoc. Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin
  • Pengarah Eksekutif, International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
  • Anggota Majlis Penasihat Shariah (MPS) di Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Pernah mengetuai Jabatan Fiqh & Usul serta menjadi Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik di International Islamic University Malaysia (IIUM)
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fiqh Islam & Perundangan di University of Jordan, Amman
  • Pemegang PhD dalam Prinsip Undang-Undang Islam (Usul al-Fiqh) di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom


AHLI PANEL (2) : Ustaz Ahmad Jamil Bin Jaafar
  • Pernah bertugas sebagai Pendakwa Sharie di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)
  • Sedang menjalankan thesis Master of Shariah di Universiti Yarmouk, Jordan
  • Pemegang Ijazah Shariah Fiqh wa Usul (Kepujian), Universiti Yarmouk, Jordan


AHLI PANEL (3) : Ustaz Ahmad Sufyan Bin Che Abdullah
  • Pemegang B.A Shariah & Pengurusan, Universiti Malaya, Malaysia
  • Pemegang M.A Shariah Pengurusan Kewangan Islam, Universiti Malaya, Malaysia
  • Calon PhD Ekonomi Perbankan Islam, Universiti Yarmouk, Jordan



0 comments:

Post a Comment