Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, untuk makluman ahli BKMPJ, dalam menyambut kedatangan Zulhijjah 1431H, pihak pengurusan BKMPJ pada sesi kali ini telah menganjurkan program yang merupakan program tahunan iaitu Sambutan Aidiladha 1431H BKMPJ dengan bertemakan “ Aspirasi pengorbanan, Inspirasi kehidupan ”.
Antara objektif yang diketengahkan oleh pihak penganjur adalah:
- Menyingkap dan menghayati sejarah dan tuntutan pengorbanan dalam konteks mahasiswa minda kelas pertama.
- Mengeratkan hubungan silatulrahim antara Ahli BKMPJ samada Ahli Rasmi mahupun Ahli Bersekutu bersama Ahli Majlis Tertinggi BKMPJ.
- Memperkenalkan organisasi pentadbiran BKMPJ bagi sesi 2010/2011 yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi dan juga Ahli Majlis Eksekutif kepada semua ahli BKMPJ.
Pada tahun ini, BKMPJ telah menerima kemasukan ahli baru dalam jumlah yang besar khususnya bagi mantiqah Irbid. Oleh yang demikian, sambutan aidiladha kali ini merupakan sambutan yang menggalakkan berbanding pada sesi yang lalu. Program ini juga dimeriahkan dengan kedatangan tetamu VIP iaitu Pengarah Education Malaysia Jordan, Tuan Hj. Sulaiman B. Ismail bagi merasmikan majlis sambutan tersebut. Antara pengisian sepanjang program adalah seperti Melapah Daging, Memasak juadah Aidiladha, Tayangan Pengenalan AMT dan juga AME BKMPJ bagi sesi kali ini dan sebagainya.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan juga Pihak Pengurusan BKMPJ kerana telah menjayakan Majlis Sambutan Aidiladha 1431H BKMPJ pada kali ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan majlis sambutan ini.
Biro Perhubungan & Publisiti, BKMPJ 2010/2011


0 comments:
Post a Comment