Tuesday, January 4, 2011

Ifthor Jamaie Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, untuk makluman ahli BKMPJ, dalam menyambut keberkatan Ramadhan al-Mubarak 1431H, pihak pengurusan BKMPJ pada sesi kali ini telah menganjurkan program buat pertama kalinya iaitu Ifthor Jamaie dengan tujuan memupuk kesepaduan semua ahli BKMPJ di Jordan.

Antara objektif yang diketengahkan oleh pihak penganjur adalah:

  • Mengeratkan hubungan silatulrahim antara Ahli BKMPJ samada Ahli Rasmi mahupun Ahli Bersekutu bersama Ahli Majlis Tertinggi BKMPJ.
  • Memberi maklumat dan saling bertukar pendapat berkaitan pengisian sempena Ramadhan al-Mubarak 1431H.
  • Melatih mahasiswa untuk mengurus dan menganjurkan sesuatu program dengan teratur dan lancar agar menjadi satu nilai tambah dalam diri mahasiswa/i Malaysia di Jordan.

Program yang menggabungkan Mahasiswa Yarmouk dan juga Mahasiswa JUST yang merupakan ahli BKMPJ sendiri telah menjadikan program ini unik dan dengan kehadiran beberapa tetamu VIP yang terdiri daripada Pengarah Education Malaysia Jordan, Ahli Kehormat BKMPJ dan sebagainya telah menjadikan program tersebut bermakna buat semua ahli BKMPJ. Antara bentuk pengisian yang dibuat sepanjang program adalah seperti Tazkirah Maghrib, Tadarus Al-Quran, Solat Tarawih, Qiamullail, dan sebagainya.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan juga Pihak Pengurusan BKMPJ kerana telah menjayakan Program Ifthor Jamaie BKMPJ yang merupakan titik permulaan bagi program yang akan dijalankan pada masa hadapan. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Biro Perhubungan & Publisiti, BKMPJ 2010/2011

0 comments:

Post a Comment