
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, setelah setahun berkhidmat kepada semua ahli yang bergelar Mahasiswa/i Pahang, samada Ahli Rasmi mahupun Ahli Bersekutu, kini tiba masanya pertukaran tampuk pimpinan BKMPJ bagi sesi kali ini. Pihak pentadbiran BKMPJ sesi 2009/2010 mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menguruskan hal ehwal yang persatuan, iaitu dari segi kewangan persatuan, asset persatuan dan semua perkhidmatan yang telah diberikan.
Sekalung Penghargaan.
Kami di pihak pengurusan kerja BKMPJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, semua Ahli Majlis Tertinggi, dan semua Ahli Majlis Eksekutif BKMPJ diatas khidmat, komitmen dan tunjuk ajar yang diberikan pada sesi 2009/2010.
Berikut adalah senarai Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Eksekutif BKMPJ bagi sesi lepas:
1. Yang di-Pertua | Mohd Firdaus B. Mohd Shahidin.
2. Timbalan Yang di-Pertua | Rifaie B. Omar
3. Timbalan Yang di-Pertua | Humi Hermilia Bt. Ibrahim.
4. Setiausaha Agung | Mohd Fauzi B. Abu Hassan.
5. Timbalan Setiausaha Agung | Syarifah Nurul Nadiah Bt Syed Salim.
6. Bendahari Agung | Abdul Rahim B. Hamid.
7. Timbalan Bendahari Agung | Naila Adlin Bt. Ramli
8. Biro Akademik & Pembangunan Minda:
Ketua: Syazwan B. Othman
Timbalan: Siti Noraini Bt. Abdul Jabar
9. Biro Kebajikan & Dakwah:
Ketua: Mohd Firdaus B. Mappon
Timbalan: Noor Hamiza Bt. Abd. Wahab
10. Biro Kebudayaan & Sukan:
Ketua: Muhammad Ain B. Sapia'i
Timbalan: Nurul Hidayah Bt. Mohd Subri
11. Biro Perhubungan & Publisiti:
Ketua: Muhammad Abdellah B. Mohd Sarif
Timbalan: Nur Farhana Bt. Rahmat
12. Biro Ekonomi:
Ketua: Muhammad Dzhirar B. Khalil Safri
Timbalan: Noorul Hidayah Bt. Sahariman
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis Tertinggi Dan juga Ahli Majlis Eksekutif kerana berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya dari segi program seperti Seminar Kewangan Islam, Malaysian Day, Annual Grand Meeting & Annual dinner, Sambutan Pelajar Baru dan juga program-program yang lain.
Semoga tampuk kepimpinan BKMPJ pada sesi 2010/2011 dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan juga memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap ahli BKMPJ di setiap mantiqoh disamping memperkemaskan lagi pentadbiran BKMPJ pada kali ini. Semoga pembaharuan yang dijalankan dapat meningkatkan prestasi Mahasiswa/i Pahang seterusnya menyahut cabaran global sebagai Mahasiswa Dinamik penggerak Wawasan.
Sekian.
Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia
Biro Perhubungan & Publisiti, BKMPJ 2010/2011


0 comments:
Post a Comment